Pengaruh A.I Dalam Kehidupan Digital
6 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 6 Ogos 2026 (Khamis), telah diadakan satu taklimat yang bertajuk Pengaruh A.I Dalam Kehidupan Digital yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:00 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai taklimat tersebut yang terbuka untuk semua peringkat umur.
Taklimat ini mengajar peserta untuk mengenali Artificial Intelligence (A.I) dengan lebih mendalam dan bagaimana teknologi A.I dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian serta cara menggunakannya dengan selamat dan bertanggungjawab. Taklimat ini juga turut menerangkan risiko-risiko penggunaan A.I sekiranya teknologi A.I ini tidak digunakan dengan berhemah.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: